1.0 Tugas seorang Jurutera
Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih
kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam
sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion
ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan
secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk
menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan
ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan
menggunakan bahan-bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera
ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga)
jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera
awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan
inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru
kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki
kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan
pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
2.0 Jenis-jenis kerjaya dalam bidang
kejuruteraan.
Pelbagai
pengkhususan dibidang kejuruteraan ditawarkan oleh univensiti/institusi
pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik
dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang,
pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
2.1. Kejuruteraan Awam
Kerjaya di
dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi
keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau
berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik).
Tugas
seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
ü Menganalisis
dan mengenalpasti keadaan tapak cadangan
projek
ü Konsultasi
dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
ü Perbincangan mengenai plan projek
dengan arkitek atau jurutera perunding
ü mengambilkira kesan projek terhadap
alam sekitar projek
ü mengemukakan penyelesaian masalah yang
dihadapi oleh sesuatu projek.
ü merekabentuk sesebuah projek
ü mengawasi kualiti pembinaan sesebuah
projek
ü mengawasi perbelanjaan sesebuah projek
2.2. Kejuruteraan
Mekanikal
Tugas seorang Jurutera Mekanikal
tertumpu dalam organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan
mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal.
Tugas
seoarang Jurutera mekanikal membabitkan:-
ü
merekacipta produk baru atau merekacipta semula
produk sedia ada
ü
menyelia proses pemasangan alatan
ü
membina dan memasang mesin baru atau mengubahsuai
peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
2.3. Kejuruteraan Kimia
Jurutera
bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia. Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam
makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci,
ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan
barangan ini.
Jurutera
kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang dijalankan dalam makmal
kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar. Mereka juga bekerja di bahagian jualan
teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan sebagainya.
Tugas
seorang Jurutera Kimia membabitkan:
ü mentafsir
dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
ü Merekacipta
dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta
mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
ü menentukan
kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia
2.4. Kejuruteraan Elektrik.
Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan
moden. Jurutera elektrik berhubung rapat
denganpelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk,
pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan
sistem elektrik.
Tugas seorang Jurutera Elektrik
membabitkan:
ü terlibat
dalam tugas-tugas yang bersangkutan dengan system yang menjana, mengeluar,
mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik.
ü merekacipta
dan pembikinan berbagai jenis peralatan elektrik
ü menguji
perkakas, menyelesasi masalah operasi.
ü menganggar
masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.
3.0 Potensi Kerjaya kejuruteraan pada masa
hadapan
Perkembangan
semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari. ada syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong sebagai
jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
4.0 Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program
kejuruteraan.
4.1 Ciri-ciri
peribadi yang diperlukan:
4.1.1 Meminati profesion ini
4.1.2 Mempunyai pengetahuan di dalam bidang
sains, matematik dan bahasa
4.1.3 Mempunyai
kemahiran komputer
4.1.4
Berkebolehan
dan mempunyai kreativiti
4.1.5
Tekun
dan bekerja keras
4.1.6
Mempunyai
keinginan untuk berjaya
4.1.7
Seorang
yang dinamik
4.1.8
Dapat
bekerja secara berkumpulan
Calon
perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran
matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Bagi peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus matematik
tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
Terdapat
beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat ijazah pertama
kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Tempoh pengajian antara empat hingga enam tahun.
(i)
Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia
- Pelajar-pelajar boleh memohon masuk
ke UKM,UM, UPM, USM, UNJMAS, UMS
dan UiTM. Kelayakan ini juga diterima oleh universiti-universiti di Australia , Kanada , United
Kingdom , New Zealand dan Singapura.
(ii) Asasi/matrikulasi sains - Kursus selama satu setengah tahun ini
adalah lepasan SPM/SPMV. Pelajar-pelajar
yang mengikuti kursus ini dengan jayanya akan diterima masuk ke peringkat
ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.
(iii) UTM-
Kursus kejuruteraan boleh diikuti secara terus di UTM
selepas SPM.
Kursus ini mengambil masa selama lima tahun.
Terdapat beberapa universiti swasta tempatan seperti
Universiti Multimedia, Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN) dan di Universiti
Teknologi Petronas (UTP) juga menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana
muda.
(iv) Diploma - Kursus ini ditawarkan oleh UTM, UPM,
UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan serta banyak kolej swasta.
Pemegang-pemegang diploma ini boleh memasuki pasaran pekerjaan. Sekiranya ingin
meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, pelajar boleh berbuat demikian
sama ada universiti di dalam atau di
luar negara.
(v) Program
anjuran MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Program anjuran kedua-dua
badan ini untuk lepasan SPM dan merupakan program pra universiti dan ijazah
pertama di universiti-universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia,
New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta negara-negara lain yang dipilih
5.0 Pusat-pusat
pendidikan dan latihan yang menyediakan program kejuruteraan.
Banyak universiti tempatan
menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah sarjana
muda. Universiti-universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana muda
ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Univensiti Malaya (UM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah
(UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Univensiti Teknologi Mara
(UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Sementara UTM, UPM,
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik Kementenian Pendidikan
menawarkan kursus peringkat diploma.
Selain itu, univensiti-universiti luar
negara seperti Amenika Syarikat ,
United Kingdom ,
Australia ,
Kanada, Zealand dan Singapura juga menawarkan
kursus ini.
6.0 Organisasi yang memerlukan Jurutera.
Organisasi yang memerlukan Jurutera di
Malaysia ialah organisasi yang terlibat di dalam sektor pengangkutan,
pembinaan, perlombongan, telekomunikasi, perindustrian, penyelidikan dan
konsultasi
7.0 Pendapatan dan gaya hidup seorang
Jurutera.
Walaupun
kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula
gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi
kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera ialah di antara RM
2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan
Kerjaya
sebagai seorang Jurutera sangat mencabar kerana sebagai seorang Jurutera anda akan berhadapan dengan
pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan
berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang. Kepuasan kerja tercapai apabila menyaksikan
hasil akhir produk yang terhasil seperti bangunan, empangan atau pun jambatan
dan pengetahuan yang telah dicurahkan untuk menyumbang kepada peningkatan
kualiti hidup manusia.
Untuk
mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang
kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan
kejuruteraan perlu menjadi ahli :
Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board
of Engineers Malaysia (BEM). Mereka memerlukan tiga tahun
pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum
layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.