RENUNG BERSAMA


HIDUP ITU JANJI.....MATI ITU PASTI...

*cari lah ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan dunia akhirat...

Lukisan Kejuruteraan


PENGENALAN
Lukisan kejuruteraan merupakan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensil. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukan secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN.
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:
      i.        Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

    ii.        Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan

Ketepatan 
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

Teknik Melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk tekik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

Kebersihan Lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

Kepantasan Menyiapkan Lukisan
Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu.


PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN 


1.  Papan Lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. 

 
Rajah 1.1 Ukuran papan lukis 

Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.



Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis 


2. Kertas lukisan. 
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertaslukisan ialah seperti berikut:
A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”
B. 11” x 17”                B. 12” x 15”
C. 17” x 22”                C. 18” x 24”
D. 22” x 34”                D. 24” x 36”
E. 34” x 44”                E. 36” x 48”
3. Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.
 

Rajah 1.3 Cara mengerakkan sesiku T


4. Jangkalukis
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.
                      i.        Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
                    ii.        Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
                   iii.        Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

 
Rajah 1.4 Jenis – jenis jangka lukis


Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.
 

Rajah 1.5 Cara menggunakan jangka lukis


5. Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
                              i.        Pembahagi jenis pegas
                            ii.        Pembahagi jenis bendul dan tradisi
 
Rajah 1.6 Jenis – jenis pembahagi


Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang.
Rajah 1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.
Rajah 1.7 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan


6. Jangka sudut
Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. 
Rajah 1.8 adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
Rajah 1.8 Jangka sudut vernier


Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 1.9.
 
Rajah 1.9 Sesiku sudut


7. Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 1.10 Pembaris/ skala


8. Lengkung Perancis
Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11.

Rajah 1.11 Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 1.12. Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.

Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis


9.Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal ( isian ), seperti dalam rajah 1.13. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensel.

Rajah 1.13 Pensel kayu dan pensel mekanikal



 
10. Getah Pemadam
Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.

No comments:

Post a Comment