Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains
untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan
pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau
proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.
BANDINGAN
DENGAN PROFESYEN LAIN.
Kejuruteraan
lebih mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah. Misalnya seorang
saintis mungkin akan bertanya "mengapa?" dan meneruskan kajiannya
untuk mencari jawapan soalan tersebut tetapi jurutera lebih berminat untuk
mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengetahui
puncanya. Dengan kata lain, saintis mengkaji
fenomena, manakala jurutera mencipta jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah.
Contohnya,
Thomas Edison, (seorang saintis) mencipta fonograf. Beliau kemudiannya
mengarahkan pembantunya yang merupakan seorang ahli teknologi atau jurutera
untuk memperbaiki alat tersebut dengan membuang harmonik daripada hasil
bunyinya.
TUGAS-TUGAS
DALAM KEJURUTERAAN.
Tugas umum
jurutera dalam perindustrian adalah bagi mereka bentuk sistem industri yang
melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Sistem-sistem
yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti
pekerja, menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja,menerangkan tentang
kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan
dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran(OUPUT), kos masukan
(INPUT), dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif, MRP dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan
operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan
dan menyediakan perkhidmatan korporat.
No comments:
Post a Comment