Autocad
Autocad adalah
satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat
lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau
barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.
Kalau dulunya
kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan
kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah
boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk
sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Dengan adanya semua ini menjadikan
kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya.
Reka bentuk
awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang
berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak
dibina itu.
Begitu juga
dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh, pembinaan jalanraya, jambatan,
bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, para
jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu
serta memudahkan kerja-kerja rekabentuk dalam bidang masing-masing.
Kebiasaannya
individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para
jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.
Perisian
Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara
usaha-usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta
gabungan dengan syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi
mengembangkan sayap perniagaan mereka.
Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.
Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.
Berbagai-bagai
jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan
tugasan anda. Antara yang popular adalah seperti:
AutoCAD
Architecture
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D
AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D
AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
Dan banyak lagi
yang anda boleh dapati termasuklah Autocad 'associated' atau companion dengan
perisian-perisian merekabentuk yang lain.
No comments:
Post a Comment